Menu Navigasi
Seminar Inovasi Pedagogi Institut Perguruan Batu Lintang 2008
26 Apr 2024

PENGENALAN

Misi Nasional telah menyatakan tentang peranan pendidikan secara langsung dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama melalui Teras 2. Dalam menyahut misi tersebut, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010) telah dihasilkan dan dalam memperkukuhkan sistem pendidikan Negara, salah satu teras strategik yang telah digariskan yang merupakan satu cabaran kepada warga pendidik ialah Teras 5 iaitu memartabatkan profesion keguruan. Di sini, salah satu fokus dan strategi yang dicatat secara khusus ke arah memartabatkan profesion keguruan ialah melalui usaha memantapkan latihan keguruan. Salah satu aspek yang ditekankan ialah menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik dan pendidik guru. Cabaran pendidik dalam memberi respons kepada kehendak Misi Nasional dan PIPP ialah bagaimanakah bidang pendidikan yang tidak memiliki ciri-ciri produk seperti yang terdapat pada sektor pengeluaran dan perindustian dapat memainkan peranannya ke arah mewujudkan inovasi? Salah satu langkah permulaan ke arah merealisasikan misi dan pelan tersebut ialah melalui penyelidikan ke atas amalan pendidikan seperti dari segi pedagogi sebagai satu produk. Sebaik-baiknya penyelidikan tersebut dikendalikan oleh para pendidik sendiri agar keputusan yang dibuat berkaitan dengan amalan bilik darjahnya dimaklumkan berdasarkan bukti.

RASIONAL

Dalam usaha mengorak langkah ke arah inovasi pedagogi serta pengajaran pembelajaran, para pendidik sendiri perlu sedar dan mengambil inisiatif untuk memperkembangkan profesionnya. Ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan majlis ilmu. Namun, aktiviti ilmu yang secara langsung serta paling dekat dengan para pendidik ialah aktiviti dalam bilik darjahnya sendiri yang kaya serta berpotensi besar menjadi sumber dan medan untuk pelaksanaan penyelidikan. Justeru, seminar seperti ini dicadangkan untuk membolehkan perkongsian pengalaman, kemahiran dan dapatan para pendidik yang berinisiatif, kreatif dan inovatif dalam bilik darjah serta berusaha menerapkan unsur penyelidikan yang mudah dalam usaha tersebut. Ini merupakan langkah awal dan permulaan dalam membudayakan penyelidikan ke arah menggerakkan aktiviti inovasi pedagogi dan pengajaran pembelajaran.

OBJEKTIF

Secara amnya, seminar inovasi pedagogi ini berhasrat untuk:

  1. menunjuk cara bagaimana aktiviti penyelidikan dan inovasi pedagogi dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran;
  2. menyediakan satu landasan yang sesuai untuk para penyelidik selaku pendidik berkongsi dan menyebarkan serta memperolehi maklum balas tentang hasil inovasi pedagogi berasaskan penyelidikan; serta
  3. membina jaringan sokongan dan menguatkan semangat para penyelidik selaku pendidik dalam usaha memupuk budaya penyelidikan ke arah menggerakkan aktiviti inovasi pedagogi dalam kalangan warga pendidik.

Justeru, amatlah bersesuaian tema seminar tahun ini ialah “Budaya Penyelidikan Penggerak Inovasi Pedagogi” ke arah memenuhi objektif yang telah dinyatakan.

SENARAI KERTAS

Bil.
Tajuk
Penyelidik
1.
Penggunaan Pengajaran Cubaan Diskrit (PCD) bagi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Autistik En. Yusop Bin Hj Malie
2.
‘Introducing the concepts of science through stories: An innovative approach to combine language learning, science concepts and ICT’ Pn. Chin Teoi Peng
3.
Muzik etnik Sarawak dan Sabah dalam bilik darjah Pn. Chong Pek Lin
4.
Concordance: An innovative tool for textbook evaluation’ En. Dulip Singh a/l Ranjet Singh & En. Clarence Jerry
5.
‘Implementing school-based assessment: The Mathematical Thinking Assessment (MaTA) framework’ En. Hwa Tee Yong & Dr Lim Chap Sam
6.
‘Organic Fun’ Pn. Eng Guan Guch
7.
Pengintegrasian perisian Netmeeting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik En. Lai Kim Leong
8.
Pedagogi pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Ekonomi ke arah membangunkan modal insan Dr Toh Wah Seng

| Kembali |

Hak Cipta © rkho, IPGKBL 2012