Menu Navigasi
Piagam Pelanggan IPG Kampus Batu Lintang
23 Jul 2017

Kami warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan kurikulum dan kebitaraan yang telah disediakan;
  2. Memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat lembaga peperiksaan pendidikan guru;
  3. Memastikan guru permulaan yang dikeluarkan dari IPG Kampus Batu Lintang memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan standard guru Malaysia dalam tempoh enam (6) bulan pertama;
  4. Memberi latihan keguruan kepada peserta kursus dalam perkhidmatan mengikut permintaan semasa pelanggan;
  5. Memastikan elaun pelajar dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja pertama bulan berkenaan; dan
  6. Memberi perhatian dan mengambil tindakan terhadap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

Hak Cipta © rkho, IPGKBL 2012