Menu Navigasi
Program Akademik IPG Kampus Batu Lintang
25 Apr 2024
Latihan Perguruan Praperkhidmatan
  1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  3. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
  4. Program Diploma Perguruan (PDP)
  5. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun (Termasuk Satu Tahun Kursus Persediaan/PPISMP)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Sasaran : Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.
Maklumat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Nama Program : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Tempoh Pengajian : 1 tahun / 3 semester
Mod Kursus : Mod Sepenuh Masa

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di Sekolah Menengah.

Maklumat Program Diploma Perguruan (PDP)
Nama Program : Program Diploma Perguruan (PDP)
Tempoh Pengajian : 2 tahun / 4 semester 
Mod Kursus : Mod Sepenuh Masa (KDC)

Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru sekolah rendah atau menengah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Maklumat Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Nama Program : Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Tempoh Pengajian : 12 Minggu
Mod Kursus : Kursus Dalam Perkhidmatan

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).

 

Hak Cipta © rkho, IPGKBL 2012