Selamat Datang ke Laman Rasmi Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang
[8:04 AM]
Untitled Document
MENU
Pengenalan
Sejarah
Visi & Misi
Waktu Perkhidmatan
SOP
Keahlian
Polisi
Koleksi
Kemudahan
Perkhidmatan
PNM dan OPAC On line
OPAC Pusat Sumber
IPG Kampus Batu Lintang
Direktori Staf
Maklum Balas
Balik Halaman Utama
PENTADBIRAN SISTEM
Menu Admin
HUBUNGI KAMI
Staf Pusat Sumber
Webmaster

POLISI

Peraturan Pusat Sumber

  • Berbual dengan suara yang kuat hingga mengganggu pengguna lain adalah tidak dibenarkan.
  • Merokok, makan dan minum di dalam Pusat Sumber adalah dilarang.
  • Beg, fail dan bungkusan diletakkan di rak simpan yang disediakan.
  • Berselipar jepun, berseluar pendek atau bermuda, memakai baju t-shirt tanpa kolar, singlet, baju pendek serta baju yang mempunyai perkataan atau gambar yang menyalahi etika adalah tidak dibenarkan.
  • Pengguna perlu mengikut peraturan pakaian institut.
  • Pengguna perlu mematuhi semua kenyataan dan arahan yang terdapat di Pusat Sumber.
  • Menanda, menconteng, merosakkan mana-mana harta milik Pusat Sumber adalah satu kesalahan. Pengguna akan dikenakan hukuman tatatertib termasuk digantung hak meminjam serta penggunaan kemudahan Pusat Sumber
  • Pengguna yang didapati membawa keluar tanpa izin Pusat Sumber akan dikenakan tindakan.
  • Segala urusan di kaunter sirkulasi akan tamat 15 minit sebelum waktu ditutup.
  • Pengguna yang membuat salinan cetakan adalah bertanggungjawab ke atas tindakan dan Akta Copyright.
  • Peraturan Pusat Sumber tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Peraturan Pinjaman

  • Pelajar dibenarkan meminjam sebanyak 5 bahan dalam tempoh pinjaman 2 minggu.
  • Kakitangan akademik dibenarkan meminjam 20 buah bahan dalam tempoh satu bulan
  • Kakitangan bukan akademik boleh meminjam 5 buah bahan dalam tempoh 2 minggu
  • Denda sebanyak 10 sen sehari bagi bahan yang lewat dikembalikan.
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sekali sahaja. Pembaharuan ini dapat dilaksanakan jika bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.
  • Tidak boleh meminjam atas nama pengguna lain.
  • Semua bahan yang telah dipinjam perlu dikembalikan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Kehilangan atau kerosakan

  • Jika bahan hilang, pengguna tersebut diminta:
    • Mengganti sendiri bahan tersebut, atau
    • Membayar harga bahan, ditambah 50% daripada harga bahan dan RM10.00 bayaran perkhidmatan, dan
    • Denda lewat pemulangan, jika kehilangan dilaporkan melewati tarikh pemulangan.
  • Jika kerosakan dikesan semasa pemulangan, pengguna diminta menggantikan bahan tersebut atau seperti para i b di atas.

Peraturan Rujukan

  • Bahan rujukan terdiri daripada koleksi buku bertanda ‘R’ dan juga koleksi terbitan bersiri/berkala.
  • Semua koleksi ini tidak boleh dipinjam keluar dan hanya boleh digunakan di dalam kawasan Pusat Sumber sahaja.

Peraturan Sudut ICT

  • Pengguna boleh mengakses Internet di sudut ICT
  • Pengaksesan adalah percuma
  • Sila daftar di buku log yang disediakan.
  • Melayari laman web yang menyalahi etika dan memuatturun, mencetak tidak dibenarkan.
  • Menggunakan perisian komputer yang tidak dimiliki oleh Pusat Sumber adalah tidak dibenarkan

 

Hak Cipta © rkho/aga IPG KBL 2010