Selamat Datang ke Laman Rasmi Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang
[6:37 PM]
Untitled Document
MENU
Pengenalan
Sejarah
Visi & Misi
Waktu Perkhidmatan
SOP
Keahlian
Polisi
Koleksi
Kemudahan
Perkhidmatan
PNM dan OPAC On line
OPAC Pusat Sumber
IPG Kampus Batu Lintang
Direktori Staf
Maklum Balas
Balik Halaman Utama
PENTADBIRAN SISTEM
Menu Admin
HUBUNGI KAMI
Staf Pusat Sumber
Webmaster

KOLEKSI PUSAT SUMBER

  1. Pengkelas Koleksi
  2. Koleksi Tanda Merah
  3. Koleksi Terbitan Bersiri
  4. Koleksi Media Elektronik
  5. Koleksi KPM/BPG
  6. Koleksi Rujukan Khas (RK, FRK)
  7. Koleksi IPG Batu Lintang dan IP Lain
  8. Koleksi Bahan dari Universiti Otago (OSO, RO, RKO, FRKO)
  9. Koleksi Sarawakiana (SAR)
  10. Koleksi Keratan Akhabar
Pengkelasan Koleksi  

Setiap bahan yang terdapat dalam koleksi Pusat Sumber telah direkodkan  dan diberi nombor khas yang unik bagi memudahkan proses pengesanan dan pencarian bahan.

Nombor tersebut dikenali sebagai nombor panggilan. Setiap nombor panggilan yang diberi adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara pengkelasan dalam Dewey Decimal Classification Systems.

Koleksi Pusat Sumber dikelaskan mengikut Dewey Decimal Classification Systems

Ringkasan pengkelasannya adalah seperti dalam jadual di sebelah kanan.

Dewey Decimal
Classification System
The Ten Main Classes
000-099
Generalities
100-199
Philosophy and Psychology
200-299
Religion
300-399
Social Sciences
400-499
Language
500-599
Natural Science and Mathematics
600-699
Technology Applied Sciences)
700-799
The Fine Arts and Decorative Arts
800-899
Literature*Rhetoric
900-999
Geography
Koleksi Tanda Merah  
Koleksi tanda merah terletak di depan kaunter Perkhidmatan Sirkulasi.  Terdiri daripada buku-buku bacaan utama bagi kursus yang diajar di IPG KBL atau sebagai bacaan wajib yang dicadangkan oleh pensyarah.  Bahan ini boleh dipinjam selama 2 jam atau bermalam.  Pelanggan yang ingin menggunakan koleksi tanda merah perlu berurusan di Kaunter Perkhidmatan Sirkulasi.
Koleksi Terbitan Bersiri  
Menempatkan jurnal, majalah, keratan akhbar, tesis, bahan-bahan yang dijilid dan lain-lain. Jurnal ditandakan dengan pelekat berwarna putih.
Koleksi Media Elektronik  
Menempatkan alat pandang dengar seperti disket, cakera padat, dvd, cd-rom.  Boleh diakses di ruang ICT.
Koleksi KPM/BPG  
Mengandungi bahan-bahan terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru termasuk laporan-laporan, bulletin, prosiding dan lain-lain. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam keluar melainkan untuk aktiviti rasmi Institut.
Koleksi Rujukan Khas (RK, FRK)  
Koleksi di bahagian ini merupakan koleksi seperti ensiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks, abstrak dan lain-lain.  Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat berwarna oren. Ia hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja.
Koleksi IPG Batu Lintang dan IP Lain  
Bahan yang diterbitkan oleh Institut Perguruan Batu Lintang, Bahagian Pendidikan Guru dan juga Institut Perguruan yang lain dalam apa-apa bidang.
Koleksi Bahan dari Universiti Otago (OSO, RO, RKO, FRKO)
Koleksi di bahagian ini merupakan koleksi bahan dari Universiti Otago untuk kegunaan pengguna.  Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat berwarna merah jambu dan mempunyai pelbagai ketegori iaitu bahan pinjaman dan  bahan rujukan.
Koleksi Sarawakiana (SAR)  
Merupakan bahan-bahan mengenai Sarawak yang diterbitkan di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat bewarna biru dan hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja.
Koleksi Keratan Akhabar  
Merupakan suratkhabar terkini dan sebelumnya.  Suratkhabar harian di susun di rak suratkhabar di ruang santai manakala suratkhabar isu lama disusun di rak suratkhabar lama di bahagian koleksi rak terbuka.
Hak Cipta © rkho/aga/aga IPG KBL 2010