Perkhidmatan Pinjaman
Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan pinjaman.
Pengguna hendaklah menunjukkan Kad Pelajar / Staf ketika membuat pinjaman.
Peraturan pinjaman adalah seperti berikut:
- Mesti berdaftar sebagai ahli Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang
- Mesti menunjukkan kad pelajar / staf setiap kali membuat pinjaman.
- Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.
- Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
- Bahan yang dipinjam mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.
- Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan, merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
- Bahan Pusat Sumber yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.
Kelayakan Pinjaman
Hanya koleksi yang berada di Rak Terbuka sahaja yang boleh dipinjam.
| Kategori |
Bilangan |
Tempoh |
| Pelajar |
5 Naskah |
14 Hari |
| Staf Akademik |
10 Naskah |
30 Hari |
| Staf Bukan Akademik |
10 Naskah |
30 Hari |
Denda Lewat Pemulangan
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
Jenis Bahan |
Kadar Denda |
Bahan OS |
20 sen sehari |
Bahan Rujukan |
50 sen sehari |
Denda menghilangkan, mengoyakkan dan merosakkan bahan adalah seperti berikut:
-
Peminjam dikehendaki menggantikan bahan yang sama beserta dengan wang pemprosesan RM50.00 dan denda lewat pemulangan atau
-
Peminjam dikehendaki membayar dua kali ganda harga bahan tersebut mengikut harga semasa beserta dengan wang pemprosesan bahan RM50.00 dan denda lewat pemulangan.
-
Peminjam yang tidak memulangkan atau membayar denda yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak HEP dan pihak Pusat Sumber akan mencadangkan agar sijil tidak diberikan dan keputusan peperiksaan akan digantung.
Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Terdapat 5 buah komputer disediakan kepada pengguna. 4 buah komputer untuk mengakses internet secara percuma dan sebuah untuk carian bahan atas talian (OPAC). Pengguna perlu merekod nama di buku log yang disediakan dan mematuhi semua peraturan penggunaan yang ditetapkan. Perkhidmatan internet tanpa wayar juga disediakan di Pusat Sumber untuk pengguna yang membawa komputer riba
Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna institut. Dua jenis perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan salinan foto ‘layan-diri’ menggunakan kad di mana mereka hanya perlu membeli kad berharga RM 5.00 dari kaunter perkhidmatan. Selain itu, perkhidmatan binding staple juga turut di sediakan untuk pengguna.
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)
Pengguna perpustakaan boleh meminjam atau mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang namun boleh diperolehi daripada institut lain dari dalam dan luar negara. Antara perpustakaan yang terlibat termasuklah British Library, semua Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru di Malaysia yang telah menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Bagi mengguanakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisi borang yang boleh didapati di kaunter Pusat Sumber.
Khidmat nasihat dan perundingan
Bagi perkhidmatan nasihat dan perundingan, pengguna boleh terus merujuk kepada Pustakawan yang di tempatkan di Pusat Pembelajaran OUM di mana sebarang persoalan yang berkaitan dengan Pusat Sumber dan pencarian maklumat boleh diajukan terus kepada beliau.
|