Menu Navigasi
Objektif & Tema
Abstrak
Kaedah Penyampaian
Pendaftaran
Tarikh Penting
Jadual Seminar
Logistik
Pertanyaan
Hubungi Kami
Brosur Seminar
Pentadbiran
Balik Halaman Utama
Ke arah memantapkan metodologi dalam penyelidikan pendidikan
Pursuing methodological rigour in educational research
Pengenalan

Aktiviti penyelidikan dianggap sebagai salah satu aktiviti yang amat penting dalam semua urusan kerja dan bidang. Malahan, aktiviti tersebut merupakan sebahagian besar daripada elemen yang terkandung dalam pelaksanaan sesuatu program atau projek serta wajib dilaksanakan bagi tujuan memperoleh maklum balas dan membuat penambahbaikan. Program dan projek pendidikan tidak terkecuali daripada aktiviti ini malahan kepentingannya pada masa ini dan masa akan datang lebih menyerlah seiring sejalan dengan kelahiran pelan transformasi pendidikan yang dijelmakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) Pendidikan Tinggi.

Rasional

Setiap pendidik pula boleh dilatih untuk melaksanakan penyelidikan. Mereka memiliki asas pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan dalam bidang penyelidikan. Namun, bagi menghasilkan penyelidikan yang mana hasilnya mempunyai 'nilai' iaitu boleh dipercayai, sah serta diterima pakai, sudah tentu proses melaksanakan penyelidikan pendidikan memerlukan prosedur serta berlandaskan etika yang boleh diterima pakai. Selain itu, sesuatu hasil penyelidikan itu turut akan mempunyai 'nilai' sekiranya dapatan kajian serta proses penyelidikan itu sendiri dikongsi dengan stakeholders serta orang ramai. Malahan, aktiviti perkongsian melalui wacana, seminar merupakan salah satu langkah dalam aktiviti penyelidikan. Justeru, suatu pentas diperlukan bagi mengumpul para penyelidik dalam kalangan pendidik dan ahli akademik pelbagai peringkat pendidikan dalam kalangan pihak awam dan swasta dari seluruh pelusuk Negara untuk berbicara, berwacana serta berkongsi pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan kaedah kajian atau perkaedahan dalam pendidikan. Seminar seperti ini turut membolehkan penyelidik dan pendidik berkumpul dan berdiskusi isu-isu berkaitan dengan perkembangan semasa, terkini dan masa hadapan penyelidikan pendidikan.

Justeru, Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sarawak yang diketuai oleh IPG Kampus Batu Lintang bersama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya mengorak langkah memenuhi tujuan tersebut serta menyahut cabaran dalam membangunkan tahap profesionalisme penyelidik dalam kalangan pendidik dengan menganjur Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian dalam Pendidikan 2015 (SKKKdP 2015). Kolaborasi dan kerjasama antara IPGK Zon Sarawak dan IPGM secara khususnya dan IPGK di seluruh Negara dan IPGM secara umumnya, serta dengan IPTA, IPTS, JPN serta Bahagian-bahagian lain KPM merupakan suatu usaha berterusan dalam memperkasakan budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik dan ahli akademik.

Selain itu, IPGK Batu Lintang dan IPGM menyahut cabaran sebagai pemimpin pendidikan bagi memacu perbangunan pendidikan dalam bidang penyelidikan pendidikan khususnya dalam bidang perkaedahan atau metodologi dalam kajian bagi bidang pendidikan. Ini dapat direalisasikan melalui penganjuran SKKKdP 2015 apabila isu-isu berkaitan perkaedahan dalam penyelidikan dijadikan fokus perbincangan dan pembentangan. Harapannya ialah IPGK BL dan IPGM pada masa terdekat dapat menjadi pusat rujukan dan kolaborasi bagi bidang penyelidikan pendidikan selari dengan Gelombang 1 dalam PPPM (2013-2015) iaitu mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama melalui penyelidikan pendidikan. Ini merangkumi warga pendidikan lain. Ini merupakan langkah awal pendedahan perkaedahan penyelidikan pendidikan dalam tugas perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian atas program atau projek pendidikan selari dengan anjakan yang terkandung dalam PPPM dalam kalangan pendidik.

IPGK Zon Sarawak dan IPGM ingin membawa konferens penyelidikan peringkat kebangsaan (SKKKdP 2015) ke negeri Sarawak secara khususnya dan Malaysia secara amnya bagi tujuan memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kaedah kajian dalam pendidikan dalam kalangan pendidik dan penyelidik pendidikan.
 


Hak Cipta © IPGKBL - rkho 2015