Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang terletak di Blok Pusat Sumber pada aras Dua. Jumlah koleksi yang ada sebanyak 31,300 naskah monograf, 904 keping media elektronik, 4,205 naskah koleksi jurnal penyelidikan, dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, dan Institut Pendidikan Guru di Malaysia serta koleksi tesis.
Dalam mempelbagai koleksi, Pusat Sumber mempunyai Pangkalan Data MyLib yang merupakan perkhidmatan percuma yang diberikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Pusat Sumber menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey dan Library of Congress List of Subject Headings untuk mengorganisasi koleksinya. |
 |