Menu Navigasi
Seminar Penyelidikan Pendidikan MPBL 2005
19 Apr 2024

Tema : “Penyelidikan Pendidikan Teras Peningkatan Profesionalisme Guru”

Tarikh : 15 - 16 September 2005

Tempat : Holiday Inn Kuching

Anjuran : Bersama BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rasional :

Peningkatan profesionalisme guru adalah amat penting untuk mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti pendidikan. Penyelidikan pendidikan adalah satu amalan yang boleh menyumbang ke arah ini. Penyelidikan membolehkan pendidik mengkaji secara sistematik kesesuaian dan keberkesanan usaha pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kualitinya. Hasil daripada penyelidikan perlu disebarkan supaya dapat menyemarakkan lagi perkembangan dan kemajuan pendidikan, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Para penyelidik juga perlu diberi galakan dan sokongan supaya budaya penyelidikan dapat terus berkembang. Seminar penyelidikan pendidikan adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini. Seminar seperti ini akan memberi peluang kepada para pendidik menyebar dan membincangkan hasil penyelidikan mereka.

Objektif seminar:

  • Menyediakan satu forum yang sesuai untuk mendalami, berkongsi serta menyebarkan ilmu, sama ada empirikal atau bukan empirikal
  • Membina jaringan sokongan dan penyelesaian masalah di samping menguatkan semangat para penyelidik dalam usaha memupuk budaya penyelidikan di kalangan warga pendidik
  • Memberi galakan kepada penyelidik dan bakal penyelidik untuk memulakan dan meneruskan usaha menyelidik

Senarai Kategori Kertas

  1. Plenary Papers
  2. Teacher Education
  3. Language Teaching
  4. Educational Management
  5. Information Technology
  6. Program Evaluation
  7. Mathematics & Science
  8. Teaching & Learning
  9. Research Methodology
  10. Miscellaneous
| Kembali |
Hak Cipta © rkho, IPGKBL 2012