Menu Navigasi
Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2003
20 Apr 2024

Tema : “Pembangunan Profesionalisme Keguruan Ke Arah Pendidikan Berkualiti”

Tarikh : 19 - 20 Ogos 2003

Tempat : Holiday Inn Kuching

Anjuran : BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia

Rasional :

Pembangunan profesionalisme dalam keguruan adalah penting untuk mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti pendidikan. Justeru itu, untuk mewujud dan mengekalkan sistem pendidikan yang berkualiti, penekanan harus diberi kepada perkembangan profesionalisme keguruan secara berterusan. Penyelidikan merupakan satu amalan yang sangat penting dalam proses perkembangan profesionalisme keguruan. Hasil daripada penyelidikan perlu disebarkan supaya dapat menyemarakkan lagi perkembangan dan kemajuan pendidikan, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Para penyelidik juga perlu diberi galakan dan sokongan supaya budaya penyelidikan dapat terus berkembang. Seminar penyelidikan pendidikan adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini. Seminar seperti ini akan memberi peluang kepada para pendidik menyebar dan membincangkan hasil penyelidikan mereka.

Objektif seminar:

  • Menyediakan satu forum yang sesuai untuk mendalami, berkongsi serta menyebarkan ilmu, sama ada empirikal atau bukan empirikal
  • Membina jaringan sokongan dan penyelesaian masalah disamping menguatkan semangat para penyelidik dalam usaha memupuk budaya penyelidikan di kalangan warga pendidik
  • Memberi galakan kepada penyelidik dan bakal penyelidik untuk memulakan dan meneruskan usaha menyelidik

Senarai Kategori Kertas

  1. Teacher Education
  2. Program Evaluation
  3. Curriculum
  4. Teaching & Learning
  5. Higher Education
  6. Information Technology
  7. Music
  8. Special Education
  9. Language Teaching
  10. Evaluation
  11. Agama
| Kembali |
Hak Cipta © rkho, IPGKBL 2012