Refleksi Kendiri

Saiful bin Baharuddin    Khatijah bt Ismail     Subramaniam a/l Devadeson
Siaw Kok Heng               Awangku Murari      

Nama Pelajar :  Saiful bin Baharuddin
Alamat e-mail Pelajar : saiful@tm.net.my 
Aktiviti belajar dengan menggunakan OHP, aktiviti A2-1(P1) amat menarik dan dapat membantu saya menguasai konsep unjuran ortogon.  Perbandingan antara kesamaan dan perbezaan antara objek serta unjurannya dari segi panjang sisi dan saiz sudut mudah dikenal pasti dan difahami.  Kelemahan saya dalam tajuk ini ialah daya imaginasi saya. Saya kadang-kadang sukar membayangkan objek-objek di minda saya.  Untuk mengatasi masalah ini, saya amat memerlukan aktiviti pembinaan model yang lebih konkrit dan realistik.
Nama Pelajar :  Khatijah bt Ismail 
Alamat  e-mail Pelajar : ktj@tm.net.my                 
Penilaian formatif amat berguna kepada saya untuk penilaian kendiri tentang tahap penguasaan konsep yang baru dipelajari.  Respon yang serta merta dapat membantu saya mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Saya akan menggunakan panduan / tip yang telah diberi untuk mencuba kemungkinan yang lain. Perbincangan dengan rakan sebaya adalah berguna untuk membantu saya menguasai konsep-konsep yang kurang jelas. Rakan saya juga banyak membantu dan membimbing saya.  Saya rasa perbincangan secara berkumpulan dapat menimbulkan semangat kerjasama dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran ahli-ahli kumpulan .
Nama Pelajar :Subramaniam A/L Devadason
Alamat e-mail Pelajar : subra@Hotmail.com                
Saya amat meminati pembelajaran berasaskan komputer.  Ini adalah kerana saya dapat mengulangi aktiviti-aktiviti tanpa sebarang kekangan masa dan dapat dijalankan bila-bila masa sahaja.  Komputer juga sentiasa sabar dan saya tidak perlu rasa takut atau malu jika saya memberi jawapan yang salah.  Simulasi dalam perisian multimedia II dapat memberi gambaran yang jelas tentang proses / langkah yang telah berlaku.  Saya suka belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dan biasanya saya mengakses maklumat di bilik komputer.
Nama  Pelajar : Siaw Kok Heng 
Alamat e-mail Pelajar : siaw@hotmail.com                  
Saya telah melakukan aktiviti mengenal pasti hubungan di antara pelan dan juga dongakannya dengan menggunakan model kotak.  Daripada aktiviti ini , saya dapat melihat dalam keadaan sebenar hubungan di antara pelan, dongakan depan serta dongakan sisinya.  Dua cara memaparkan pelan dan dongakan dengan membuka kotak itu dapat mengukuhkan lagi kefahaman saya terhadap konsep pelan dan dongakan.   Saya amat gembira kerana telah dapat menjawab soalan-soalan dalam latihan pengukuhan yang dibekalkan tanpa kesilapan.  Kelemahan saya ialah jika objek yang beri lebih kompleks, saya menghadapi masalah menggambarkan bentuknya apabila dilihat dari sudut-sudut yang berbeza.  Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan model rangka sebenar.
Nama Pelajar :  Awangku Murari
Alamat  e-mail Pelajar : aw@hotmail.com                 
Aktiviti dengan perisian multimedia amat menyeronokkan kerana saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang lain.  Itulah sebab saya memilih mengakses maklumat dengan perisian multimedia.  Semangat fasilitator (guru) serta rakan sebaya saya yang sentiasa sedia membantu jika saya menghadapi masalah memberi keyakinan kepada saya dalam proses pembelajaran yang saya lalui.  Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba mengakses maklumat  daripada internet atau sumber yang lain atas usaha saya sendiri.