Pengenalan

Mentoring diadakan pada setiap minggu atau adakalanya digantikan dengan perhimpunan. Mengikut kehendak MS ISO, setiap kali mentoring diadakan laporan mesti dibuat dan dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Sistem e-Mentoring dibangunkan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan laporan mentoring. Dengan sistem ini ketua/penolong kumpulan perlu terus buat laporan dengan menggunakan borang online tanpa menggunakan kertas. Laporan terus disimpan dalam pangkalan data dan boleh dicetak dan ditandatangani mentor kumpulan sebelum dihantar ke Jab. HEP untuk difailkan bagi tujuan audit MS ISO.

Sistem ini mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut :

  1. Membolehkan ketua/penolong kumpulan membuat laporan mentoring secara online.
  2. Mentor kumpulan mencetak, menandatangani dan hantar laporan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  3. Pihak Jabatan HEP boleh mengakses secara online semua laporan mentoring dengan mudah dan cepat.
  4. Menjadikan satu pangkalan data / arkib laporan mentoring dalam bentuk digital yang membolehkan carian dilakukan dengan mudah, tepat dan cepat mengikut aspek-aspek tertentu seperti tarikh perjumpaan, kumpulan atau mentor.
  5. Mengurangkan penggunaan kertas dan juga boleh menjimatkan masa.

| Laman Web IPGKBL | Intranet Staf |

Daftar Masuk Ketua Kumpulan
No. Kad Pengenalan : 
Katalaluan : 

Daftar Masuk Mentor / Staf Jab. HEP
ID Pengguna : 
Katalaluan : 

<< Bantuan jika ada masalah daftar masuk >>

Hak Cipta © rkho IPGKBL 2010